About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Torres Rakan Bersemuka

Ancelotti bakal turunkan bekas pemain kesayangan Liverpool Ahad ini

SUNDERLAND: Fernando Torres dijangka membuat penampilan pertama bersama Chelsea menentang Liverpool — kelab yang menjualnya dengan rekod perpindahan Inggeris sebanyak 50 juta pound (RM250 juta) — Ahad ini walaupun juara bertahan itu menang 4-2 menentang Sunderland tanpa menggunakan khidmatnya kelmarin.

Penyerang Sepanyol itu berpindah dari Anfield pada hari terakhir jendela perpindahan, kelmarin.
Pembelian itu isyarat jelas daripada pemilik Chelsea Roman Abramovich, mengenai azamnya meskipun barisannya masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana walaupun mempamerkan prestasi memberangsangkan di gelanggang lawan menentang Sunderland.
Berdasarkan prestasi di Stadium of Light, Carlo Ancelotti tetap boleh menyenaraikan Torres di bangku simpanan pasukan dengan mengekalkan Didier Drogba dan Nicolas Anelka di bahagian depan buat sementara. Bagaimanapun beliau memberikan isyarat Torres mungkin juga diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Torres dan Drogba di depan dan Anelka di belakang mereka - bagi saya ia menarik,” kata bos Sunderland, Steve Bruce.

Ancelotti pula berkata: “Fernando mempunyai kemampuan hebat. Dia tidak akan berdepan masalah beraksi bersama Dider Drogba atau penyerang lain. Ia bukan satu masalah, dan tidak akan banyak mengubah bentuk berlian di barisan tengah. Corak permainan tidak akan banyak berubah.”

Ancelotti bagaimanapun mempunyai satu masalah dalam menentukan siapa yang perlu memberi jalan untuk membolehkan Torres beraksi.
Dua gandingan Ivory Coast, Drogba dan Salomon Kalou sudah bergandingan baik sebagai penyerang kembar sambil disokong penyerang antarabangsa Perancis Anelka yang bermain di belakang mereka. - AFP
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara