SINOPSIS
EPISOD 1
Mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Budak Baru seorang anak dalam kalangan orang berada telah dihantar bapanya ke sekolah tersebut setelah beliau dibuang dari sekolah swasta atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan dijalankan. Di SMK Sungai Terok Budak Baru telah ditempatkan di kelas 6 bestari merupakan kelas aliran sains terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli, Lily, Dahlia dan Kecoh.

Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh merupakan ketua pengawas sekolah dari kelas 6 bestari. Nik Adli merupakan ketua kelas 6 progresif dan Dahlia merupakan salah seorang pelajar di kelas 6 progresif. Cikgu Ahmad ingin membuat pembaharuan di sekolah tersebut dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan sebagai ketua kelas 6 bestari kepada budak baru dan menyebabkan Kecoh berasa tidak berpuas hati terhadap budak baru. Kecoh memberi rekod disiplin budak baru kepada cigu ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan budak baru dari kelas 6 bestari ke elas 6 progresif.