About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Le Tour de Langkawi 2011 - Stage 7 Banting to Tampin

Category: 0 comments

Le Tour De Langkawi Stage 8


Stage 8 - Kuala Pilah to Jasin

Sunday, 30 January 2011 | 156.5 km

Start venue:
Jalan Perpatih, Kuala Pilah
Start time: 1100 hrs
Finish venue: Jasin, Melaka
Estimated time of arrival: 1419 hrs

Stage 8 Rider List

Stage Summary

Stage 8 - January 30 - Kuala Pilah-Jasin (156.5km)
The race remains in Negri Sembilan for another tricky stage, beginning in the serene surroundings of Kuala Pilah. And the start brings the peloton right into winding roads and undulating terrain, towards the first intermediate sprint in Bahau and the first KOM section of the day, which is a category 4 climb at Jempol, 27.4km into the stage.
It is then bumpy, with small undulations as the peloton heads towards the next category 4 climb at Palong after 50.3km.
The next 72km offers the peloton a chance for respite and all the way to Gemencheh where the second intermediate sprint of the day awaits them, having completed 122.7km, and it will by then be all about the sprinters unless some breakaways surface. One more intermediate sprint comes to provide a warm-up for the expected bunch sprint finish, at the 141.2km point in Selandar. The peloton will then gather itself for a tricky finish that awaits them in Jasin. Many will predict a bunch sprint to decide the outcome of this stage, but it might not always be the case.
Category: 0 comments

Le Tour De Langkawi

10 Pelumba Terbaik LTDL 2011

1. Andrea Guardini (Farnese Vini-Neri Sottoli) 2 jam 14 minit 59 saat
2. Anuar Manan (Terengganu Pro Asia Cycling) 2'14:59s 3. Takashi Miyazawa (Farnese Vini-Neri Sottoli) 2'14:59s 4. Mohd Harrif Salleh (Terengganu Pro Asia Cycling) 2'14:59s
5. Jang Chan Jae (Korea National Team) 2'14:59s
6. Andre Schulze (CCC Polsat Polkowice) 2'14:59s
7. Robert Foster (United Healthcare Pro Cycling) 2'14:59s
8. Taiji Nishitani (Aisan Racing Team) 2'14:59s
9. Alireza Haghi (Azad University Cycling Team) 2'14:59s
10.Mohd Nur Rizuan Zainal (Malaysia National Team) 2'14:59s
 
TIGA PELUMBA TERBAIK KESELURUHAN (Jersi Kuning):

1. Libardo Nino Corredor (Le Tua Cycling Team) 18'14:45s

2. Jonnatha Monsalve (Androni Giocattoli) 18'14:47s
3. Emanuele Sella (Androni Giocattoli) 18'15:04s

TIGA PELUMBA TERBAIK ASIA (Jersi Putih):

 
1. Rahim Emami (Azad University Cycling Team) 18'15:07s
2. Ghader Mizbani (Tabriz Petrochemical Team) 18'15:35s
3. Hossein Askari (Tabriz Petrochemical Team) 18'15:37s

RAJA PECUT (Jersi Biru):


1. Anuar Manan (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 70 mata

2. Andrea Guardini (Farnese Vini-NeriSottoli) 69 mata
3. Boris Shpilevsky (Tabriz Petrochemical Team) 35 mata

RAJA BUKIT (Jersi Merah):


1. Jonnatha Monsalve (Androni Giocattoli) 45 mata

2. Rahim Emami (Azad University Cycling Team) 35 mata
3. Libardo Nino Corredor (Le Tua Cycling Team) 28 mata

PASUKAN TERBAIK KESELURUHAN:

 
1. Azad University Cycling Team 54'48:30s
2. Tabriz Petrochemichal Team +04s
3. Chipotle Development Team +32s

PASUKAN TERBAIK ASIA:


1. Azad University Cycling Team 54'48:30s

2. Max Success Cycling Team +9:35s
3. Tabriz Petrochemical Team +14:03s 


Stage 7 - Banting to Tampin

Saturday, 29 January 2011 | 149.5 km

Start venue:
Jalan Sultan Abdul Samad, Banting
Start time: 1100 hrs
Finish venue: Main Street, Tampin
Estimated time of arrival: 1410 hrs

Stage 7 Rider List


 


                                                          Stage Summary 
Stage 7 - January 29 - Banting-Tampin (149.5km)


If there are little gaps to be made up in the general classification, do not be surprised if it does happen over this and the next two stages. Though seemingly flat in nature, the coastal roads and undulations along this stage heading to the finish in Tampin, does provide an opportunity for breakaways to do some damage.
The stage begins on a coastal route from the start in Banting, heading towards the popular West Coast beach resort of Morib, then on to Tanjung Gadong and into Sungai Pelek where the first intermediate sprint awaits the peloton at the 44.6km point. About 13.3km later, the stage's only KOM section, a category 4 climb up Bukit Pelandok emerges. After that it is back towards the coast and into the other popular West Coast beach resort of Port Dickson where the second intermediate sprint awaits.
The race heads inland from then on, through undulations that cover the route towards the category 4 climb at Linggi after 105.7km. Cool rural winds will then serenade the peloton as it drives on towards the third intermediate sprint in Chembong after 124.7km and on past Rembau towards the finish line in Tampin.


                                                   
Stage Date
Start and Finish
Distance

Stage 1 Sunday, 23 January 2011
Dataran Helang - Pekan Kuah
94.3 kms

Stage 2 Monday, 24 January 2011
Kangar - Butterworth
145.0 kms

Stage 3 Tuesday, 25 January 2011
Taiping - Sitiawan
144.9 kms

Stage 4 Wednesday, 26 January 2011
Ayer Tawar - Cameron Highlands
137.6 kms

Stage 5 Thursday, 27 January 2011
Tapah - Genting Highlands
124.3 kms

Stage 6 Friday, 28 January 2011
Rawang - Putrajaya
107.0 kms

Stage 7 Saturday, 29 January 2011
Banting - Tampin
149.5 kms

Stage 8 Sunday, 30 January 2011 Kuala Pilah - Jasin 156.5 kms

Stage 9 Monday, 31 January 2011 Melaka - Nilai 151.7 kms

Stage 10 Tuesday, 1 February 2011 UITM Shah Alam - KL Loop 104.6 kms
                                                                                               
                                                   TOTAL DISTANCE : 1315.4 kms
Category: 0 comments

Ciri-Ciri Wanita Yang Disukai Lelaki

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
Category: 0 comments

30 Rahsia Wanita

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
 
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
 
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Category: 0 comments

Sebab Lelaki Tak Pandai Memikat Wanita

1. Tak belajar
mungkin mempunyai sifat semula jadi..tak perlu risau semua boleh diperbaiki

2. Takde adik beradik lelaki dalam keluarga
kira takde role model la..kalau tanya bapak mau kena jawab dengan tangan…
 
3. Kurang bergaul
Ini bukan masalah sebenarnya…ramai lelaki (nak2 zaman IT ni) yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun dengan geng2 lelaki je..

4. Malas nak pikir
Ramai yang tergolong dalam golongan ni…malas nak pikir pasal perempuan. Buat sesak kepala je…tapi bila tiba masanya, hati kita akan terbuka juga untuk menerima kehadiran perempuan…Nak buat camana ni?

5. Penyakit FOBIA..
Lelaki tidak pandai memikat wanita kerana takut kena belasah.. Nak kena belasah dengan siapa.. Boyfriend dia.. Selagi diorang tidak sah menjadi sepasang kekasih contohnya  tidak bawa jumpa keluarga, tidak rancang nak kahwin, wanita tersebut boleh berkawan atau bercinta dengan sesiapa pun.. Lelaki pun janganlah nak malukan kita punya kaum adam.. sikit2 pukul, belasah kepada orang yang ganggu mata air korang.. Selagi tak nikah korang semua tiada hak keatas kekasih korang.. Lelaki yang pukul, belasah ni sebab nak tunjuk gentleman la sangat.. tak yah nak tunjuk gentleman kalau diri sendiri pun tidak terurus.. Buang masa jer..
Category: 0 comments

Tips Memikat Wanita

Hari ini ramai rakan-rakan Mr.H meminta Mr. H menulis satu tips yang agak disukai dalam kalangan kaum lelaki.. Why?? Adakah Mr. H mempunyai kepakaran dalam hal itu.. Owh semestinya korang kena jawab.. "LU PIKIR SENDIRI!!".. trade abang Mr. H tu.. Ok Lah dengan permintaan korang semua Mr. H makbulkan...

Kalau nak mengayat awek tu mesti ada cara-cara yang agak seronok dipandang kaum wanita... kalau boleh yang menusuk kalbu.. Tidak perlu kehenseman.. Just Simple!! bukan justin beber.. Owh itu pepatah kawan Mr. H Justin Beber

1. Kekemasan Diri..
Nak mengorat awek mestilah mempunyai kekemasan diri.. Pakai kemeja ke t-shirt yang penting kemas... Jangan lupe pakai Deodorant (AXE) itu penting.. Terus jer dapat nombor.. Yang paling penting Mr. H nak kasi tau kat hang pa semua.. (Mulut Jangan Bau Puaka).. Jangan kata awek lari.. Monyet pun tak datang dekat..


 2. Duit..
Duit merupakan salah satu perkara penting supaya kita dapat memikat awek dengan mudah.. Awek sekarang pandang duit jer.. Kalau tak de duit macam mane korang nak ajak awek korang dating..


 tengok wayang pun kena duit sekarang ni.. Kalau awek korang nak terkencing.. masuk tandas pun kena bayar.. Jadi korang perlu mempunyai duit yang mencukupi..

3.Mempunyai sifat hormat-menghormati dan sopan santun..
 Kenapa Mr. H memberi kata kunci tersebut?? Sifat hormat-menghormati dan sopan santun merupakan salah satu perkara penting.. Kaum wanita memang suka hormat kepadanya apatah lagi keluarga.. Jadi korang perlulah mengamalkan sikap berikut..


4.Jadilah diri sendiri
Ini yang paling penting sebenarnya. Jangan cuba berlagak alim, baik, ataupun berpengetahuan sedangkan diri kita sebaliknya. Nanti orang ingat kita poyo pulak. Mana-mana kelemahan, kita perlu perbaiki. Tak guna kita berpura-pura hanya untuk memenangi hati perempuan kerana lambat laut tembelang kita akan diketahui juga. Kalau setakat nak buat hit and run punya relationship mungkin boleh..tapi jika inginkan yang berpanjangan, jadilah diri sendiri. Itulah sebenarnya yang membezakan anda dan orang lain..
Ok. Lepas ni boleh try praktikkan. Kalau ada apa-apa soklan boleh tanya kat sini. Aku boleh la tolong jawab mana yang aku tahu. 

Setakat disina sahaja.. Hal ini Mr. H tidak boleh dikongsikan dengan anda semua terlalu banyak.. Nanti akan termakan diri sendiri..
Category: 0 comments

Tip Apabila Keluar Dating

Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis ehem...ehem. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!! :lol:  Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan  Rancang Terlebih Dahulu Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.  Pakaian Jangan Over Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.  Teman Dia Ke Mana Saja Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)  Berikan Pendapat Jika Ditanya Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? :oops: Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya. :o  Jangan Jadi Bisu Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.  Buat Si Dia Ketawa Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan. :up: Aktiviti Ketika Keluar Dating  Menonton Wayang Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. :cry: Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, “Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu…”. Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.  Makan Bersama Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha… :P Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.  Bermain Bowling Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe… 8) Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh…!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…) :(  Ambil Gambar Kenangan Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti? :wink:  Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.  Dan sekiranya anda mempunyai tips-tips dating yang lain dan ingin dikongsikan bersama dengan kami, silalah berikan komen tips-tips tersebut di sini. Mana la tau kalau-kalau tips yang anda gunakan itu dapat kami gunakan pula apabila keluar dating nanti. Hehehe… Terima kasih ya… :D
Category: 0 comments

Ciri Pelajar Cemerlang

Ciri - Ciri Pelajar Cemerlang 
 Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal akhirnya.

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang


1.Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2.Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3.Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4.Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5.Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah.Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif.

20. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

23. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

25. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

26. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

27. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

28. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.

32. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

33. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

34. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Category: 0 comments

Arena Sukan

Giggs sambung aksi semusim lagi


2011/01/22

pix_gal0

LONDON: Semalam, Ryan Giggs mengesahkan akan beraksi untuk Manchester United semusim lagi pada usia 37 tahun dan ia harus memberi tonik tambahan kepada Red Devils apabila menentang Birmingham, hari ini buat melebarkan lagi posisi pendahulu di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketua pegawai eksekutif, David Gill sudah pun mengesahkan keputusan kelab berkenaan memberi kontrak kepada penyerang Wales itu menyambung sumbangan buat musim ke-21 bersama gergasi Inggeris itu.
“Saya gembira masih dapat bermain. Saya juga gembira dengan pujian daripada pengurus (Alex Ferguson). Tapi ini semua untuk pasukan,” katanya, semalam. Sementara itu, pemain United sedar mereka perlu segera kembali kepada prestasi terbaik untuk memastikan kekal berada di puncak liga, Mei ini.

“Tentunya kami mahu bermain sebaik yang boleh kerana ia akan memberi peluang lebih baik untuk memenangi perlawanan,” kata pemain tengah United, Michael Carrick. “Kita tidak mahu bergelut setiap perlawanan dan bergantung kepada kebolehan individu semata-mata untuk menang. Kita mahu bermain dengan baik secara konsisten. Tapi sasarannya untuk berakhir di tangga teratas - itulah yang kita mahukan.”- Agensi
Category: 0 comments

Akhbar Harian

JLKN temui UPSO bincang isu pelatih


2011/01/22

TAPAH: Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil akan menemui Pertubuhan Bersatu Sikh Perak (UPSO), Isnin ini bagi membincangkan isu Basant Singh, 18, remaja yang mendakwa rambutnya dipotong ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Abdul Hadi berkata, pertemuan berkenaan lebih berbentuk perbincangan dari hati ke hati untuk menyelesaikan kes yang didakwa berlaku Ahad lalu, demi kebaikan semua pihak.
“Matlamat kita sama iaitu memastikan setiap pelatih PLKN memiliki jati diri terbaik dan semangat perpaduan tinggi,” katanya kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Kem PLKN Sentosa di Chenderiang, di sini semalam.
Katanya, hasil siasatan lembaga siasatan JLKN sebelum ini memutuskan kes itu tidak membabitkan sebarang unsur khianat tetapi ia bukanlah muktamad, sebaliknya untuk menjelaskan kedudukan kes kepada Kementerian Pertahanan, manakala siasatan penuh diserahkan kepada polis.
Category: 0 comments

Perkataan "Salam"

SIAPA YANG MENGGUNAKAN 

PERKATAAN "SALAM"? 

apakah maksud disebaliknya??


Sebagai renungan dan Ingatan bersama…

InsyaAllah



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya
Category: 0 comments

Penawar HIV

TOKEK PENAWAR HIV/AIDS



Kuantan - Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
halim(bukan nama sebenar) berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.
 





Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.
"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.
"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.
Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi.
Category: 0 comments

Penawar Kanser Servik

Lempoyang Cegah Kanser Servik

NAMA HERBA : Lempoyang
NAMA SAINTIFIK : Zingziber zerumbet

BOTANI :
Tumbuhan yang sama seperti spesies halia. Daun dan rizomnya berakar seperti halia.Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun.

KEGUNAAN:
Penawar Kanser Servik dalam kalangan wanita remaja masa kini , Mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Selain itu, lempoyang ini digunakan untuk Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan.






ENGLISH ARTICLE
WILD GINGERThe picture above is of the lempoyang or wild ginger inflorescence growing from a ginger plant in Tuan Haji Ahmad Hasnin's garden. Ginger as we all know is the closest linked to one in what is known as Chinese Ginger. Again, though there are several types of edible Ginger, commonly included in food preparation, one stands out as real "Ginger" - is this species - under the group name of Zingiber. Halia in Malay. Scientifically as Zingiber officinale. The flower is now locally recognized as "Shampoo" by the florist. The color of the inflorescence varies with locality and also the age of the bloom. They would normally seen as a cluster of "Flowers" Some clusters can grow quite big having more than 20 inflorescence at one time. This is an annual affair.There are three common species of this flower, zinziber spectabile (tepus tanah), zinziber puberlum (lempoyang anjing) and zinzerber griffithil (tepus merah).
Category: 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara