About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Siapa Fidzly??






Fidzly yg berasal dari perut ibunya lahir ke muka bumi pada tanggal 61093.. korang susun la no. ni,, 
mempunyai ketinngian mencecah bumbung,, 179cm,,,
berat kurang 57kg..

Makanan Kesukaan,,

Ayam Atok Berambut Putih
Nasi Goreng Atuk Jobri
Minuman Kesukaan,,


Teh O Ais Limau
Katakan "NO" Kepada 


Dadah Merbahaya
Kereta Idaman Fidzly:-


Nissan GTR
By Fidzly











































































                                                                                    






Category: 0 comments

Kuiz Orang Terengganu

1. Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
A. Tak Faham
B. Tak Sedap
C. Tak Larat
D. Tak Lulus

2. ‘Tenong’ adalah sejenis?

A. Kenderaan
B. Sayur
C. Kuih
D. Bekas

3. “Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?

A. Pahtu
B. Dok Tahu
C. Dekpong
D. Guane

4. Frasa “Woh smete” membawa maksud,

A. Wah jahatnya
B. Buat tak peduli
C. Buah Manggis
D. Wah besarnya

5. Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,

A. Sangkakala
B. Seekers
C. Sangka
D. Saka

6. Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”

A. Penak benor keje lening
B. Letihsang ‘nggoh keje hari ning
C. Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
D. Letih perik kite keje hari ning

7. Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali

A. Mussang
B. Plawok
C. Lebong
D. Nawwok

8. Apakah maksud ‘Tunggu Stor’

A. Jaga line
B. Tunggu pintu stor
C. Rileks dulu
D. Tunggu kejap

9. “Ali membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;

A. Stik batu
B. Tago Batu
C. Plekong Batu
D. Tang ngo batu

10. Maksud perkataan ‘Kerahsang’

A. Kaku & tidak bergerak
B. Terangsang
C. Kejur
D. Keras amat sangat

11. “Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Mat Ali yang …..

A. Melompat
B. Berlari
C. Membaiki Net
D.Terlalu kurus sangat

12. “ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______

A. kerusi
B. Dapur
C. Beranda
D. Lantai

13. Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____

A. Cedding
B. Ngerrek
C. Dok malu
D. Nette

14. Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?

A. Haiwan,Tempat,Tempat
B. Tempat,Tempat,Haiwan
C. Tempat ,Haiwan,Tempat
D. Haiwan,tempat,Haiwan

15. Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api

A. Tenong
B. Mecceh
C. Bocong
D. Brekdih

16. “ Dok leh lepe” membawa maksud?

A. Tak boleh lepak
B. Tak boleh dinilai
C. Tak boleh diharap
D. Tak leh cakap sebarang

17. Apakah sambungan bagi frasa Komang?

A. Koman skrudrebar
B. Komang playar
C. Komang stangguk
D. Komang Spanar

18. "Mung nok kene enjja?" Apakah maksud enjja?

A. Tampar
B. Tumbuk
C. Terajang
D. Marah

19. Buruk_____

A. Khekkong
B. Lepppok
C. Kohong
D. Nayyang

20. Cerlong, membawa maksud?

A. Menegur dengan kasar
B. Memandang dengan pandangan sinis
C. Memandang dengan pandangan garang dan kasar
D. Menghidu dengan enak

21. “ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?

A. Terkejut
B. Hilang Sabar
C. Marah
D. Berdebar kuat

22. Apakah itu Ogak-ogak?

A. Sayuran
B. Buahan
C. Sayur Ulam
D. Serangga/ulat

23. Perkataan Tubek membawa erti?

A. Tak tentu pasal
B. Masuk
C. Lalu Lalang
D. Keluar

24. Permukaan yang rata

A. Lewo
B. Leweh
C. Smabo
D. Lese

25. “Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…

A. Ali memakai kasut berjenama Jerebok
B. Ali jerebok dengan lembaga
C. Ali jatuh jerebok dari atas pokok
D. Ali berjerebok kedalam sungai

26. Kata ganda bagi Sakit?

A. Sakit tayya
B. Sakit gelekek
C. Sakit puih
D. Sakit nayyang

27. Maksud perkataan "Dok Imboh"

A. Tak Untung
B. Tak merasa
C. Tak cukup
D. Tak berbaloi

28. Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni....ayat yang paling Tranung...

A. Rasse nok pitang starang baroh
B. Perasaang nok pitang aku ni
C. Wassaang nok pesang starang baroh aku ni...

29. Ali tiba-tiba tertidur....'Tertidu'r sesuai digantikan dengan perkataan?

A. Khellak
B. Ngekkeng
C. Khembek
D. Nembbo

30. perkataan Glewa'k menerangkan perihal....

A. Seseorang yang sedang membuat lawak
B. Seseorang yang terbatuk-batuk
C. Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
D. Seseorang yang termuntah
Category: 0 comments

Novel Tidak Kesampaian..

Di satu pagi,maisara terjaga dari tidurnya apabila alarm pada handfonnya berbunyi....'wish birthday farhan'..itu yang tetera pada skrin handfonnya.... dengan pantas maisara menaip ucapan sempena hari lahir farhan...'happy birthday to you farhan..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...farhan malam ni datang lah rumah saya..kita sambut hari ulang tahun awak dengan kawan-kawan yang lain ya..datang pada pukul 8.00 malam ok...bye...
       Sememangnya maisara sanggup lakukan apa-apa sahaja demi farhan,kekasih yang amat dicintainya..hampir enam tahun mereka bersama...pelbagai dugaan yang mereka tempuhi...
       Maisara bersiap-siap untuk ke pasaraya untuk membeli barang-barang..x lupa juga dia membelikan sehelai kemeja yang berwarna merah hati untuk farhan di mana warna merah hati adalah warna kesukaan farhan...maisara membungkuskan baju itu didalam kotak yang sangat cantik dan menyelitkan sekeping nota...
       Apabila maisara keluar sahaja dari butik itu,maisara terpegun...'betul ke ape yang aku tengok ni..tu macam farhan..tapi siapa perempuan tu?'maisara terpandang sesusuk tubuh farhan yang berada di seberang jalan..
       Maisara cuba untuk mengejar mereka berdua tetapi lampu hijau untuk kenderaan telah menyala..selepas menuggu beberapa minit,maisara melintas jalan untuk ke seberang,kelibat mereka lesap...hati wanita nya di jentik kepiluan...'agak-agaknya siapa la perempuan tu ye...'maisara bermonolog...
       Setelah kepenatan menjinjit barang yang dibelinya di pasaraya sambil berlari untuk mengejar farhan,dia kepenatan dan duduk di kerusi yang terdapat disitu..terasa lapar pula apabila terhidu bau makanan yang sedap menerjah masuk ke rongga hidungnya yang berdekatan dengan kerusi yang diduduknya...selepas melepaskan rasa penatnya,maisara membuat keputusan untuk balik ke rumah..
      Jantungnya bergetar dengan kuat...kini dia berdiri berhadapan dengan farhan..dilihatnya farhan sungguh mesra dengan perempuan itu..farhan terpempan apabila melihat maisara...
      'eh maisara,buat apa kat sini?'tanya farhan dengan nada yang terkejut..
      'ni siapa farhan?'maisara tidak terus menjawab,sebaliknya menanyakan gerangan perempuan itu..
      'eh kau siapa?'gadis yang bernama nina itu betanya dengan kasar sekali kepada maisra
      'err sara ni saya kenalkan,kawan saya nina..'
pegangan tangan nina cuba di longgarkan farhan,namun nina merangkul dengan kuat untuk tidak melepaskan pegangan tangannya..
     'kawan awak cakap,kawan yang sangat mesra sampai pegang-pegang tangan?kawan apa cam ni..'dalam nada suara yang masih boleh dikawal maisara bertanya pada farhan
     'hei perempuan,kau siapa nak tanya bakal tunang aku macam tu...'
     'ape??bakal tunang??ape semua ni farhan??awak mendua kan saya...saya tak sangka awak macam ni..'menitis laju air mata maisara yang tidak dapat ditahan-tahan lagi..
    'sara mari saya jelaskan pada awak..'farhan cuba menenagkan maiasra
    'ye memang kami dah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan awak..dah hampir tiga tahun..kami memang rancang nak bertunang dan berkahwin..saya memang nak bagi tahu kepada awak,tapi saya takut awak tak dapat terima..
    'memang saya tak dapat terima..hampir enam tahun kita bersama...tak kan ini balasan awak pada saya?mana pergi nya janji-janji manis yang awak da taburkan pada saya?!!saya setia pada awak dan tak pernah berlaku curang terhadap awk..awak tipu farhan..PENIPU!
   Maisara terus berlari berlinangan air mata membawa rasa hati yang duka pilu..
   'BANGGG!!!!!tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat..
   Farhan mendongak yang ketika sedang duduk di kerusi sambil memandang kosong lantai itu...hatinya terasa tidak sedap..
   Dia berlari ketempat yang dipenuhi oleh sekerumun orang..dia terlihat barang-barang dapur bertaburan di atas jalan tar..dalam hati farhan terdetik,'eh tu bukan ke plastik beg yang dibawa maisara tadi...'hati farhan diruntun rasa gelisah..
   Setelah melihat kelibat sekujur tubuh yang menjadi mangsa pelanggaran sebuah lori yang membawa muatan yang sarat membawa barang,sepatah kata keluar dari mulutnya..
  SARA!!!!!farhan menjerit dengan kuat sekali..
  Tubuh maisara sudah dibasahi dengan darah merah pekat,sama seperti warna barang yang masih dipegangnya dengan erat..baju kemeja yang ingin dihadiahkan kepada farhan dipegangnya dengan erat yang tersimpan kemas dalam kotak..
  'farhan,nah ambillah hadiah yang tak seberapa ni dari saya..anggap la ia satu hadiah yang istimewa dari saya untuk yang terakhir kalinya..saya harap awak akan bahagia bersama wanita pilihan awak..'maisara berkata dalam nada suara yang tersekat-sekat menanggung kesakitan...
    'maafkan saya kalau selama ni saya tak dapat nak bahagiakan awak...'
   maisara cuba membisikkan sesuatu pada farhan tetapi ditegah oleh nina...
   'kalau kau nak mati,mati lah cepat..jangan kau nak cuba mempengaruhi dia..huh..'nina bercakap dengan angkuh sekali.. 
   'hei nina apa yang awak cakap ni...dalam keadaan macam ni awak masih nak menghamburkan kata-kata awak tu ke..'tengking farhan..
   Namun sayu hati maisara terdengarkan kata-kata nina tu..air matanya galak merembas keluar...
   Ambulans datang untuk membawa maisara ke hospital..
   Farhan mengikut sama menemani maisra ke hospital..keadaan maisra semakin kritikal..maisara seperti sukar untuk bernafas..
  'sara saya mintak maaf,saya dah banyak buat salah pada awak..ampunkan saya..'sayu nada suara farhan menahan sebak..
  'far far han,sa sa ya memang tak la la yak untuk a a awak...tapi sa sa tu perkara yang a a awak perlu tahu,sa sa ya sayangkan awak..perlahan suara maisara membisikkan kata-kata ke telinga farhan...
   'sudah sara,awak jangan banyak bercakap...awak perlu rehat dulu...
   namun tidak sempat untuk sampai ke hospital,maisara tidak bernafas lagi..jururawat cuba untuk melakukan kejutan elektrik,tetapi hanya sia-sia sahaja usaha mereka..
   kini pergilah maisara menghadap yang maha esa..begitu juga cintanya yang tidak kesampaian di saat dirinya di ambang kematian..tangan maisra masih kemas dalam genggaman farhan...
   buat pertama kalinya,air mata seorang lelaki menitis untuk si gadis...
   Farhan masih memegang hadiah pemberian maisara...dia terlihat sekeping nota yang terselit di dalamnya..farhan membuka kotak tersebut dan mengambil nota itu lalu di buka dan dibaca isi kandungannya..
KHAS BUAT KEKASIHKU...
'Awak terimalh hadiah saya yang tak seberapa ini..harap awak dapat terima dengan iklas..saya nak awak tau,saya sayang sangat dekat awak..semoga cinta kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya kekal hingga ke anak cucu dan hingga akhir hayat...saya tak akan lupakan kenangan kita bersama selama enam tahun ini..saya harap awak akan sayang saya sampi bila-bila...begitu juga dengan saya sangat mencintai awak..
I LOVE YOU SO MUCH HONEY...
  air mata farhan terus mengalir laju setelah membaca nota tersebut...
  'maisara,bangun sara..saya sayangkan awak..saya nak hidup bersama awak...bangun sara bangun...'tangis farhan sambil menggoncang tubuh maisara.. 
  tetapi semuanya telah terlambat...kini di tenungnya sayu sekujur tubuh yang tidak mampu bergerak kembali..
  Farhan sangat menyesal kerana mengecewakan hati seorang gadis di saat penghujung hidup gadis itu..
  riak muka maisara nampak tenang sahaja...semoga roh maisara ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amiinnn......
:nota:jagalah hati dan perasaan pasangan anda..janganlah lukakan hati mereka..ambil kisah ini sebagai tauladan kepada anda..
*watak yang di dalam cerita ini tidak ad kene mengena dengan sesiapa mahupun yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..mungkin cerita ni tak menarik tetapi,aku dah cube wat n sekadar suke2 je..hihi*
Category: 0 comments

Mereka Adalah......

               
     Mengingatkan kembali zaman persekolahan yang telah aq tinggalkan bersama rakan-rakan lebih kurang 2 bulan yang lalu.. Pelbagai kisah yang nak aq sampaikan tentang  rakan-rakanku semasa di sekolah.. Kisah pergaduhan, tangisan, gelaak tawa dan pelbagai lagi termasuk kisah percintaan...                                  

Ashraf Merupakan Antara Kawan Baikku yang mempunyai style dan personaliti sehingga beliau dikejar oleh kalangan perempuan setiap kali menjejak kaki ke sekolah..

Ni pula seorang pelajar yang bernama Hafiz.. Seorang pelajar yang mempunyai sifat hyperactive.. satu sifat dari salah satu nama dikenali sebagai Attention Deficit Disorder(ADD).. Beliau Serang yang mempunyai hati yang keras untuk menerima "tuut".. beliau seorang yang fobia sehinggakan beliau telah menubuhkan satu kelab yang tidak disukai ramai.. nak tau kelab ape?? satu hari aq akan ceritakan..


Gambar ini menunjukkan gambar calon spm 2010.. Sebelum kitaorang nak jawab exam.. Kitaorang mestilah begambar dahulu untuk memberi satu semangat ketika menjawab exam
                                                            
Pasangan adik beradik di kelas 5 Dahlia.. Zulkifli dan firdaus merupakan kawan rapat sejak dari zaman jepun sehingga sekarang..
Kehadiran pelajar!! 

Sampai disini yang boleh aq ceritakan,, mybe cerita akan bersambung pada hari lain,,,

Category: 0 comments

Cerita 2010

15 November 2010

- Semua Calon Spm 2010 di salah sebuah sekolah daerah Hulu Selangor menjadi "tragedi november" mereka apabila bersalaman dengan guru - guru yang telah banyak membantu mereka dalam pelajaran sekolah buat terakhir kali. Tangisan dan kesedihan jelas ternampak pada wajah pelajar perempuan yang mempunyai hati yang sangat cepat  "tersentuh"..
Selepas mengalami kesedihan semua pelajar sibuk dengan rakan dan guru masing-masing mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.. Suasana bertukar menjadi ceria..


23 November 2010 
- Tarikh bersejarah kepada calon spm 2010 di malaysia.. Pada hari tersebut, bendera sekolah diturunkan dan bendera perang badax dinaikkan.. Perang tersebut bermula pada jam 8 pagi..  Dimulakan dengan sehelai kertas yang mengandungi unsur-unsur yang dapat mereka mencapai kejayaan...

       Calon spm 2010 mengikuti jadual yang berada di bawah ini setiap hari..

 Jadual diatas mengalami masalah!!! Kesulitan amat dikesali

13 Disember 2010
-Segelintir pelajar di sekolah menengah telah mencapai hari kebebasan(merdeka) dan segelintir pelajar masih meneruskan lagi peperangan yang masih belum selesai... tetapi peperangan akan habis keseluruhannya pada 20 disember 2010..
Tema calon yang dah abes belajar adalah Tamatlah Zaman persekolahan!!!

    Ni salah satu keceriaan dan kegembiraan apabila peperangan yang mereka tempuhi sudah sampai kegarisan penamat.. X yah nak baca buku relax kt wall jer la!!!

1 Januari 2011
-Tamatlah tahun peperangan spm pada tahun 2010.. Semua tinggal kenangan kepada pelajar T5 semasa berada di sekolah..
Azam baru telah dipendamkan dalam hati untuk mencapainya.. 2011 merupakan tahun yang menentukan hala tuju mereka.. Adakah mereka menyambung pelajaran atau kerja.. Mungkin ada yang sudah mendirikan rumah tangga dan sedang menunggu kelahiran anak yang pertama..

Muka Macam Shin Chan
Category: 1 comments

Novel Cinta Terhenti!!

Sila Klik Play Video ini sebelum membaca Novel Dibawah...
-Setiap manusia yang membina cinta atau menyimpan perasaan ketika umur muda.. Percayalah cinta itu akan hilang jika kita tidak menjaganya atau tidak melepaskan perasaan cinta terhadap seseorang yang dianggap sempurna dimata kita.. 

Cerita dongeng yang pernah diketahui oleh saya iaitu seorang lelaki bernama Zack dan seorang wanita bernama Lin.. Mereka berkawan sejak umur 5 tahun sehingga 13 tahun... Mereka berkenalan di bangku sekolah tadika... Dahulu mereka cuma kawan biasa sehingga umur 11 tahun.. "budak-budak mane tau perasaan cinta".. tetapi cinta itu muncul apabila Zack berumur 12 tahun darjah 6.. UPSR... Zack tidak meluahkan isi hatinya terhadap Lin kerana beliau tahu bahawa mereka akan menduduki peperiksaan pada tahun tersebut.. 

Selepas tamatnya peperiksaan.. Mereka mengikuti satu rombongan ke Tanah Tinggi yang diadakan oleh pihak sekolah.. Zack dengan sengaja mengambil tempat duduk berdekatan dengan lin supaya dia dapat meluahkan perasaan kepada Lin.. Tetapi semua itu sekadar angan-angan... Zack tidak dapat melepaskan perasaannya... Cuti sekolah hujung tahun pun tiba... Mereka mesti tak dapat jumpa... Result UPSR keluar tetapi Zack tidak menjumpai lin.. Zack ingin meluahkan perasaannya apabila menjejak kaki ke sekolah menengah... 

Cuti hujung tahun pun dah habis.. Jejak sahaja bulan Januari 2006 sekolah bermula aktiviti seperti biasa.. Zack ingin meneruskan misi dia terhadap Lin.. Tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana Zack akan mengikuti keluarganya berpindah ke salah sebuah daerah di negeri selangor.. Tiap-Tiap hujung tahun Zack akan balik ke kampung halaman untuk mencari Lin.. Tetapi tidak ditemui sehingga cuti sekolah habis.. Dari tahun 2006 hingga hujung tahun 2009.. Zack mencari Lin kerana dia akan rasa gelisah apabila tidak melepaskan perasaannya terhadap Lin.. Hampir 5 tahun dia memendam perasaan sendiri..

Pada cuti pertengahan tahun 2010..Umur Zack sudah menjangkau 17 tahun.. Zack dapat menghubungi Lin melalui laman sosial facebook
.. Zack begitu gembira setelah lama tidak berhubung dengan Lin akhirnya beliau bertemu juga.. Walaupun di laman sosial.. Zack telah menceritakan kepada Lin pelbagai cerita yang pernah beliau lalui sehinggakan Zack terlupa untuk meluahkan perasaannya..

Setelah  4 bulan berkawan di dalam laman sosial.. Sekali pun Zack tidak pernah meluahkan.. Sehinggakan terjadinya satu salah faham yang Zack sendiri tak tahu.. Lin mula tidak menghubungi Zack sehingga tamatnya SPM 2010.. Tamat sudah SPM, umur 18 tahun, Zack cuba mencari Lin melalui rakan-rakan Lin.. Zack tidak dapat menghubungi Lin melalui facebook kerana Lin sudah "Delete Acount"..
Rakan-rakan Lin berkata bahawa Lin sudah menjadi milik orang(girlfriend).. Mereka kata Lin begitu akrab dengan lelaki tersebut sepanjang Lin tingkatan 5.. Pada mula Zack tidak percaya.. Sebelum ini, Lin tidak menceritakan apa-apa pada beliau.. Akhirnya beliau redha.. Beliau berpegang teguh dengan pepatah "Jodoh, ajal, ditangan tuhan" mungkin tiada jodoh antara Zack dengan Lin.. Akhirnya Zack menjadi seorang yang bersifat FOBIA kepada cinta..


                               " CINTA YANG DICARI PASTI AKAN PERGI "
                               " CINTA DATANG DENGAN SENDIRI KEKAL ABADI "






Category: 0 comments

Impianku.. Akan Menjadi Kenyataan..

Setiap Manusia Mempunyai keinginan.. Sebagai seorang anak tunggal di dalam keluarga Mazlan.. Aku Muhammad Hafiz Mazlan satu-satunya waris dalam keluarga.. Impianku untuk membantu keluarga di masa akan datang perlu ada dalam diri untuk memberi mereka keselesaan dan kepuasan hidup..


Kereta Yang Menjadi Idaman Keluarga

Salah Satu Kereta Idamanku!!

Rumah Yang Memberi Keperluan Tempat Tinggal Kepada Keluarga

Memegang Jawatan Sebagai Businessman!!

Pengusaha Ladang Anggur Terbesar bersama share partnerku..

Category: 0 comments

Surat Perjanjian Akta Rakan 2011

Hari ni berkisahkan surat perjanjian.. Surat perjanjian disiapkan oleh aku untuk melambangkan kepercayaan kepada rakan ku.. Semua ini dilakukan demi persahabatan..

Perjanjian Akta Rakan 2011:-

  1. TIdak menyakiti hati rakan...
  2. Kepercayaan..
  3. Kesetiaan..
  4. Pegangan hidup..
  5. Tanggungjawab.. 
  6. Tiada perasaan lain selain hanya sebagai seorang sahabat..
    Perjanjian diatas disahkan oleh pihak yang terlibat:-
    -Nur Amirah Binti Ibrahim 
    -Muhammad Hafiz Bin Mazlan


    Cop Rasmi:-



















      Disediakan Oleh:- 
    Hafiz Fidzly
    Category: 2 comments

    Attention Deficit Disorder

    ADD (attention deficit disorder) and ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)
    Attention deficit disorder (ADD) dan Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merujuk kepada satu permasalahan yang sama. Ia termasuk gerak hati, keresahan dan hyperaktiviti serta tidak memberi sepenuhnya perhatian terhadap pembelajaran, tidak mendengar arahan dan nasihat. Kanak-kanak ini juga sering mengganggu pembelajaran kanak-kanak lain yang ingin belajar. Attention deficit disorder (ADD) kadangkala merujuk sebagai gangguan hyperkinetik.

    Simptom Attention Deficit Disorder

    Attention deficit disorder (ADD) :
    Simptom ketara yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting seperti di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.
    Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :
    - Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)
    - Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)
    - Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

    - Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.
    - Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.
    - Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.
    - Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.
    - Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.
    - Tidak suka di paksa atau menuruti perintah. 


    Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi simptom ini ialah:-

    Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :
    - Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.
    - Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.
    - Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.
    - Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.
    - Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.
    - Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan. 

    Lain-Lain Masalah Attention Deficit Disorder 

    Attention deficit disorder (ADD) sering berlaku seiring dengan masalah-masalah yang lain. Kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku seperti membuat perangai, gangguan ketika tidur. Masalah-masalah tingkah laku yang lain yang berlaku dengan gangguan defisit perhatian (ADD) termasuk:
    - menunjukkan kelakuan memberontak, yang kebanyakkannya berlaku pada kanak-kanak (suka bertengkar, menyakiti orang lain).
    - Terdapat 25 peratus kanak-kanak melakukan kesalahan seperti menunjukkan sikap tidak baik. Sebagai contoh melakukan kesalahan mencuri, melanggar peraturan dan berbohong.
    - Kesukaran dalam pembelajaran tertentu - termasuklah disleksia yang terdapat dalam 25-30 peratus kanak-kanak.
    Gangguan-gangguan kerisauan terdapat dalam 30 peratus kanak-kanak

    Buku Berunsurkan Attention Deficit Disorder (ADD):-

     
                                          
    Category: 0 comments

    Apa Itu Penyakit Dyslexia


    Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
    Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
    Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
    Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
    Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
    Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya[1] (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

    Ciri-ciri penghidapnya

    1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
    2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
    3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
    4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
    5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
    6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
    7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
    8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
    9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

    Punca-punca Disleksia

    Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
    Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

    Rawatan

    Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
    Category: 1 comments

    Mengimbas Kembali Tragedi Highland Towers


  1. HISTORY selongkar misteri kejadian runtuhan kondominium, rakaman tidak pernah disiarkan sejak peristiwa 17 tahun lalu yang menggemparkan negara
    SEBUT saja Highland Towers, rata-rata rakyat Malaysia teringat tragedi runtuhan kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, hampir dua dekad lalu.

    Kesengsaraan dan kepiluan tidak hanya dirasai mangsa dan keluarga mereka, malah berbekas di hati mereka yang mengikuti rentetan laporan berita tragedi bertarikh 11 Disember 1993 itu.
    Genap hari ini, tragedi 17 tahun lalu itu yang menyaksikan satu blok kondominium 12 tingkat rebah dan mengorbankan 48 nyawa, sentiasa dikenang dan diambil iktibar.

    Tahun ini, saluran HISTORY (AETN All Asia Networks) di Astro 555 akan menyiarkan sebuah dokumentari istimewa selama sejam berjudul ‘In Memory of The Highland Towers Disaster’.

    Dokumentari yang ditayangkan jam 9 malam ini akan menceritakan kembali apa yang berlaku dalam kejadian menyedihkan itu.

    Antaranya yang dipaparkan dalam dokumentari ini adalah punca utama kejadian iaitu hujan tak henti-henti selama 10 hari yang mengakibatkan tanah runtuh yang besar hingga menjatuhkan struktur Blok 1 kondominium ini.
    Selain itu, diceritakan situasi tidak diduga dihadapi pasukan penyelamat dan bomba ketika bertungkus lumus mencari mangsa yang masih hidup di sebalik timbunan serpihan runtuhan. Pada masa sama, ahli keluarga dan rakan mangsa setia menanti berita daripada pasukan penyelamat.

    Malah, perdebatan yang menyusul selepas tragedi; siapa yang patut dipertanggungjawabkan atas tumbangnya Highland Towers juga mengisi kandungan dokumentari ini. Tidak ketinggalan, cerita penduduk yang melalui pengalaman traumatik dan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang.

    Penonton juga disajikan dengan rakaman yang tidak pernah ditayangkan di televisyen iaitu yang pita yang dirakamkan pihak bomba dan penyelamat ketika misi mencari mangsa.

    Pengurus Besar AETN All Asia Networks, Louis Boswell berkata, runtuhan Highland Towers adalah kemalangan yang tragik dan kesannya dirasai hingga hari ini oleh masyarakat tempatan.

    “Belum ada dokumentari mengenai insiden ini pernah ditayangkan. Justeru, pada ulang tahun ke 17 peristiwa ini dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk menjengah semula kejadian ini dan melihat apa sebenarnya yang berlaku seterusnya bertanya, mengapa ia terjadi,” katanya.

    In Memory of The Highland Towers Disaster diarahkan oleh Harun Rahman dan Lara Ariffin dari penerbit dokumentari terkemuka, Novista.

    Saksikan temubual eksklusif dengan mangsa yang sempat menyelamatkan diri, saksi kejadian serta temubual bersama mangsa terselamat, keluarga mangsa yang terkorban dan anggota penyelamat.
    Waktu TayanganSabtu, 11 Disember 9 malam
    Ahad 12 Disember 7 malam
    Ahad 19 Disember 10 malam
    Isnin 20 Disember 10 pagi dan 6 petang
    Selasa 21 Disember 7 malam



    “Saya nampak blok rebah perlahan-lahan, pergerakan yang amat perlahan dan kemudian keseluruhan bangunan runtuh. Selepas itu, keadaan begitu senyap dan hening.”
    Dr Hooi Chan Ping (penduduk Blok 1)

    “Ramai ahli keluarga yang berada di situ berada dalam keadaan terkejut yang amat sangat, tidak percaya dan tertanya-tanya bagaimana semua ini boleh berlaku kepada saya dan di mana insan yang saya sayang?”
    Iain Gray (Penduduk Blok 3)

    “Kami tidak mempunyai masa yang banyak, kami hanya terus masuk ke tempat kejadian dan mencari. Barulah kami sedar bahawa manusia boleh bertahan untuk waktu yang agak panjang, namun penghidratan (kekurangan air) adalah perkara yang paling menakutkan.

    “Sudah pasti, waktu ketika itu adalah kritikal. Sesiapa saja, apabila terasa bangunan sudah mula bergerak akan berusaha melarikan diri. Cara terpantas yang boleh difikirkan adalah tangga.... mereka mungkin berada di sekitar tangga.”
    Mike Rickard (Jurutera Keselamatan, Penduduk Blok 2 yang juga sukarelawan)





    “Mereka terdengar bunyi ketukan dan saya percaya mungkin ada seseorang yang sedang mengetuk dari atas, itulah yang memberikan saya harapan.”
    Nissa Bano (kehilangan kakak, abang ipar dan anak saudara)

    “Sepanjang 30 tahun saya berkhidmat, saya belum pernah menyaksikan runtuhan bangunan yang sebesar ini.

    “Sudah tentu ini adalah saat paling sukar bagi ibu bapa mangsa kerana dalam tradisi kita orang Asia, anak yang menghantar ibu bapa mereka untuk dikebumikan, ibu bapa tidak menghantar anak-anak untuk dikebumikan.”
    Datuk Soh Chai Hock (Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba Malaysia)

    “Apabila ada kerosakan pada struktur sesebuah binaan bangunan, anda akan menjangkakan bangunan itu akan runtuh secara menegak berbanding jatuh ke depan. Pasti ada tekanan dari luar yang menyebabkan keadaan itu.”
    Category: 0 comments

    Keputusan Ujian Memandu Komputer..

    Buku yang aku pelajari selama seminggu sebelum mengambil test komputer!!

    Smart Card, Buku kokurikulum ujian memandu, dan keputusan..

    Keputusan yang aku perolehi sekadar cukup2 makan je...
    Category: 0 comments

    Menangi hati si dia

    10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita

    KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.
    Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.
    Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

    Minggu ini, kolum Dunia Lelaki berkongsi senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.

    SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
    CEREWET: Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal... ini boleh memburukkan lagi keadaan. HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran... bukan dendam.
    IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
    PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
    PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
    MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
    EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
    CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

    Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

    SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


    Mencari cinta sempurna

    CINTA perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna?

    Pakar motivasi Dr Ezairy M Sallih menyatakan hidup bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain.


    “Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita.


    “Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menyumbangkan kepada salah satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu.

    Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi,” katanya kepada XY-Ikon Lelaki.

    Dr Ezairy berkata, masalah remaja ialah terlalu cepat untuk mengikut rakan, lihat kawan sudah ada kekasih, mereka juga mahukan seorang.


    “Berkasih, bercinta itu tak salah. Apa yang salah itu ialah lari dari matlamatnya. Apabila anda sudah mula rasa ingin masuk ke alam percintaan, maka pasang niat anda.


    “Betulkan kembali tujuan asal anda bercinta. Andai matlamatnya ialah sekadar mahu bersuka-suka, atau untuk merasa dikasihi dan disayangi saja, niat itu menjadi salah. Perlu dibezakan antara keperluan dan keinginan,” katanya.


    Beliau berkata, kejar perkara yang perlu terlebih dulu dan apa yang anda inginkan, akan tercapai kemudian. Ubah niat dan pasang niat yang benar-benar ikhlas dan jujur.


    “Bercintalah semata-mata untuk memupuk lagi rasa tanggungjawab anda kepada pasangan, untuk Maha Pencipta dan juga untuk seluruh anggota masyarakat,” katanya.



    Mengenali wanita

    APA pandangan lelaki mengenai wanita? Adakah mereka kenal wanita di sekeliling atau hanya kenal luaran, bukannya dalaman wanita terbabit. Ramai yang menyatakan mereka kenal wanita yang mereka cintai, tapi apabila bertanya lebih lanjut, pasti banyak yang tidak dapat dijawab mereka.

    Bagi Ahmad fidzrie Zamzami, 27, mengenali seorang wanita tidak hanya pada rupa parasnya saja. Menurutnya, lelaki perlu tahu mengenai wanita yang ingin dicintai sedalam-dalamnya.


    ? Apakah definisi wanita kepada kamu?

    Wanita bagi saya adalah pelengkap. Ini kerana setiap lelaki perlu ada wanita di dalam hati mereka. Tidak semestinya kekasih. Malah ibu juga tergolong dalam kategori ini. Jika kita dapat fahami ibu, kita nescaya bakal kenal isi hati wanita yang lain.

    ? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara?

    Tidak setuju kerana dalam menjalin hubungan tidak perlu timbul isu ini. Seorang lelaki perlu mempunyai hati yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan. Setiap keburukan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak.

    ? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita?

    Wanita adalah insan yang penuh dengan banyak perkara yang tersembunyi. Luarannya mungkin nampak lemah lembut dan penuh dengan sifat keibuan, namun jangan sangka mereka tidak boleh menggegar dunia juga seperti lelaki.



    BERBEZA pula dengan Khairi Johari, 28. Beliau mengaku takut untuk menjalin hubungan dengan wanita tanpa mengetahui wanita itu sepenuhnya. Bagi dirinya, dalam menjalin hubungan dengan wanita sebagai sahabat tidak menimbulkan masalah. Namun, andai berkasih, Khairi selalu tidak yakin.



    ? Apakah definisi wanita kepada kamu?

    Wanita adalah insan yang sukar untuk difahami jika kita sendiri tidak memahami wanita itu. Bagi saya, rumit untuk bercerita mengenai wanita sehinggalah kita kenal siapa wanita terbabit.

    ? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara?

    Lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita adalah lelaki pengecut. Tidak kira siapa, kita haruslah melayan wanita seperti seorang sahabat. Jika dalam perhubungan itu timbul kemesraan, teruskan tapi bukan dengan mempermainkan perasaan wanita.

    ? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita?

    Akur saya katakan, saya tidak mengenali wanita lain selain adik beradik dan ibu saya sendiri. Ini kerana saya tidak berani untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang wanita sehinggalah saya tahu hati nurani wanita berkenaan.
    Category: 0 comments
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    create your own banner at mybannermaker.com!

    Angka Giliran:-)

    Sila Lihat Ini:-)

    Fidzly Visitor

    Recent Post

    Iklan!!

    Iklan!!
    Nutrien Cerdas Minda

    Blog Saudara Mara