About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Menangi hati si dia

10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.
Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.
Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Minggu ini, kolum Dunia Lelaki berkongsi senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.

SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
CEREWET: Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal... ini boleh memburukkan lagi keadaan. HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran... bukan dendam.
IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


Mencari cinta sempurna

CINTA perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna?

Pakar motivasi Dr Ezairy M Sallih menyatakan hidup bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain.


“Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita.


“Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menyumbangkan kepada salah satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu.

Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi,” katanya kepada XY-Ikon Lelaki.

Dr Ezairy berkata, masalah remaja ialah terlalu cepat untuk mengikut rakan, lihat kawan sudah ada kekasih, mereka juga mahukan seorang.


“Berkasih, bercinta itu tak salah. Apa yang salah itu ialah lari dari matlamatnya. Apabila anda sudah mula rasa ingin masuk ke alam percintaan, maka pasang niat anda.


“Betulkan kembali tujuan asal anda bercinta. Andai matlamatnya ialah sekadar mahu bersuka-suka, atau untuk merasa dikasihi dan disayangi saja, niat itu menjadi salah. Perlu dibezakan antara keperluan dan keinginan,” katanya.


Beliau berkata, kejar perkara yang perlu terlebih dulu dan apa yang anda inginkan, akan tercapai kemudian. Ubah niat dan pasang niat yang benar-benar ikhlas dan jujur.


“Bercintalah semata-mata untuk memupuk lagi rasa tanggungjawab anda kepada pasangan, untuk Maha Pencipta dan juga untuk seluruh anggota masyarakat,” katanya.



Mengenali wanita

APA pandangan lelaki mengenai wanita? Adakah mereka kenal wanita di sekeliling atau hanya kenal luaran, bukannya dalaman wanita terbabit. Ramai yang menyatakan mereka kenal wanita yang mereka cintai, tapi apabila bertanya lebih lanjut, pasti banyak yang tidak dapat dijawab mereka.

Bagi Ahmad fidzrie Zamzami, 27, mengenali seorang wanita tidak hanya pada rupa parasnya saja. Menurutnya, lelaki perlu tahu mengenai wanita yang ingin dicintai sedalam-dalamnya.


? Apakah definisi wanita kepada kamu?

Wanita bagi saya adalah pelengkap. Ini kerana setiap lelaki perlu ada wanita di dalam hati mereka. Tidak semestinya kekasih. Malah ibu juga tergolong dalam kategori ini. Jika kita dapat fahami ibu, kita nescaya bakal kenal isi hati wanita yang lain.

? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara?

Tidak setuju kerana dalam menjalin hubungan tidak perlu timbul isu ini. Seorang lelaki perlu mempunyai hati yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan. Setiap keburukan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak.

? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita?

Wanita adalah insan yang penuh dengan banyak perkara yang tersembunyi. Luarannya mungkin nampak lemah lembut dan penuh dengan sifat keibuan, namun jangan sangka mereka tidak boleh menggegar dunia juga seperti lelaki.



BERBEZA pula dengan Khairi Johari, 28. Beliau mengaku takut untuk menjalin hubungan dengan wanita tanpa mengetahui wanita itu sepenuhnya. Bagi dirinya, dalam menjalin hubungan dengan wanita sebagai sahabat tidak menimbulkan masalah. Namun, andai berkasih, Khairi selalu tidak yakin.



? Apakah definisi wanita kepada kamu?

Wanita adalah insan yang sukar untuk difahami jika kita sendiri tidak memahami wanita itu. Bagi saya, rumit untuk bercerita mengenai wanita sehinggalah kita kenal siapa wanita terbabit.

? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara?

Lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita adalah lelaki pengecut. Tidak kira siapa, kita haruslah melayan wanita seperti seorang sahabat. Jika dalam perhubungan itu timbul kemesraan, teruskan tapi bukan dengan mempermainkan perasaan wanita.

? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita?

Akur saya katakan, saya tidak mengenali wanita lain selain adik beradik dan ibu saya sendiri. Ini kerana saya tidak berani untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang wanita sehinggalah saya tahu hati nurani wanita berkenaan.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara