About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Tidak Wajar Naik Yuran Sekolah Memandu

Sebarang kenaikan kadar bayaran bagi belajar memandu adalah tidak wajar walaupun berlaku penambahan kurikulum baru dalam sistem latihan memandu, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Penasihatnya Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata jika kenaikan kadar bayaran dibenarkan, ia akan membebankan pengguna dan menggalakkan pihak sekolah memandu menaikkan harga sesuka hati mereka.


"Pengenalan kurikulum baru dalam sistem latihan memang perlu untuk memantapkan latihan dan pembelajaran di sekolah memandu, tapi tidak perlu sampai menaikkan harganya," katanya kepada Bernama hari Isnin.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan yang menjangka kadar bayaran bagi belajar memandu akan meningkat berikutan pengenalan kurikulum baru sistem latihan memandu yang mungkin akan dilaksanakan akhir tahun ini.


Mohd Hamdan berkata kadar bayaran tersebut seharusnya ditentukan oleh pasaran dan persaingan antara pihak sekolah memandu.


"Setakat ini belum ada sebarang kawalan harga oleh sekolah memandu, dan ianya ditentukan oleh pasaran, jadi biarkan pasaran yang menentukan.


"Kalau mahu naik harga sekalipun perlu diteliti sebaik mungkin oleh semua pihak yang berkaitan, bukan tiba-tiba naik harga," katanya.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara