About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Mengimbas Kembali Tragedi Highland Towers


  • HISTORY selongkar misteri kejadian runtuhan kondominium, rakaman tidak pernah disiarkan sejak peristiwa 17 tahun lalu yang menggemparkan negara
    SEBUT saja Highland Towers, rata-rata rakyat Malaysia teringat tragedi runtuhan kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, hampir dua dekad lalu.

    Kesengsaraan dan kepiluan tidak hanya dirasai mangsa dan keluarga mereka, malah berbekas di hati mereka yang mengikuti rentetan laporan berita tragedi bertarikh 11 Disember 1993 itu.
    Genap hari ini, tragedi 17 tahun lalu itu yang menyaksikan satu blok kondominium 12 tingkat rebah dan mengorbankan 48 nyawa, sentiasa dikenang dan diambil iktibar.

    Tahun ini, saluran HISTORY (AETN All Asia Networks) di Astro 555 akan menyiarkan sebuah dokumentari istimewa selama sejam berjudul ‘In Memory of The Highland Towers Disaster’.

    Dokumentari yang ditayangkan jam 9 malam ini akan menceritakan kembali apa yang berlaku dalam kejadian menyedihkan itu.

    Antaranya yang dipaparkan dalam dokumentari ini adalah punca utama kejadian iaitu hujan tak henti-henti selama 10 hari yang mengakibatkan tanah runtuh yang besar hingga menjatuhkan struktur Blok 1 kondominium ini.
    Selain itu, diceritakan situasi tidak diduga dihadapi pasukan penyelamat dan bomba ketika bertungkus lumus mencari mangsa yang masih hidup di sebalik timbunan serpihan runtuhan. Pada masa sama, ahli keluarga dan rakan mangsa setia menanti berita daripada pasukan penyelamat.

    Malah, perdebatan yang menyusul selepas tragedi; siapa yang patut dipertanggungjawabkan atas tumbangnya Highland Towers juga mengisi kandungan dokumentari ini. Tidak ketinggalan, cerita penduduk yang melalui pengalaman traumatik dan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang.

    Penonton juga disajikan dengan rakaman yang tidak pernah ditayangkan di televisyen iaitu yang pita yang dirakamkan pihak bomba dan penyelamat ketika misi mencari mangsa.

    Pengurus Besar AETN All Asia Networks, Louis Boswell berkata, runtuhan Highland Towers adalah kemalangan yang tragik dan kesannya dirasai hingga hari ini oleh masyarakat tempatan.

    “Belum ada dokumentari mengenai insiden ini pernah ditayangkan. Justeru, pada ulang tahun ke 17 peristiwa ini dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk menjengah semula kejadian ini dan melihat apa sebenarnya yang berlaku seterusnya bertanya, mengapa ia terjadi,” katanya.

    In Memory of The Highland Towers Disaster diarahkan oleh Harun Rahman dan Lara Ariffin dari penerbit dokumentari terkemuka, Novista.

    Saksikan temubual eksklusif dengan mangsa yang sempat menyelamatkan diri, saksi kejadian serta temubual bersama mangsa terselamat, keluarga mangsa yang terkorban dan anggota penyelamat.
    Waktu TayanganSabtu, 11 Disember 9 malam
    Ahad 12 Disember 7 malam
    Ahad 19 Disember 10 malam
    Isnin 20 Disember 10 pagi dan 6 petang
    Selasa 21 Disember 7 malam



    “Saya nampak blok rebah perlahan-lahan, pergerakan yang amat perlahan dan kemudian keseluruhan bangunan runtuh. Selepas itu, keadaan begitu senyap dan hening.”
    Dr Hooi Chan Ping (penduduk Blok 1)

    “Ramai ahli keluarga yang berada di situ berada dalam keadaan terkejut yang amat sangat, tidak percaya dan tertanya-tanya bagaimana semua ini boleh berlaku kepada saya dan di mana insan yang saya sayang?”
    Iain Gray (Penduduk Blok 3)

    “Kami tidak mempunyai masa yang banyak, kami hanya terus masuk ke tempat kejadian dan mencari. Barulah kami sedar bahawa manusia boleh bertahan untuk waktu yang agak panjang, namun penghidratan (kekurangan air) adalah perkara yang paling menakutkan.

    “Sudah pasti, waktu ketika itu adalah kritikal. Sesiapa saja, apabila terasa bangunan sudah mula bergerak akan berusaha melarikan diri. Cara terpantas yang boleh difikirkan adalah tangga.... mereka mungkin berada di sekitar tangga.”
    Mike Rickard (Jurutera Keselamatan, Penduduk Blok 2 yang juga sukarelawan)





    “Mereka terdengar bunyi ketukan dan saya percaya mungkin ada seseorang yang sedang mengetuk dari atas, itulah yang memberikan saya harapan.”
    Nissa Bano (kehilangan kakak, abang ipar dan anak saudara)

    “Sepanjang 30 tahun saya berkhidmat, saya belum pernah menyaksikan runtuhan bangunan yang sebesar ini.

    “Sudah tentu ini adalah saat paling sukar bagi ibu bapa mangsa kerana dalam tradisi kita orang Asia, anak yang menghantar ibu bapa mereka untuk dikebumikan, ibu bapa tidak menghantar anak-anak untuk dikebumikan.”
    Datuk Soh Chai Hock (Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba Malaysia)

    “Apabila ada kerosakan pada struktur sesebuah binaan bangunan, anda akan menjangkakan bangunan itu akan runtuh secara menegak berbanding jatuh ke depan. Pasti ada tekanan dari luar yang menyebabkan keadaan itu.”
    Category: 0 comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    create your own banner at mybannermaker.com!

    Angka Giliran:-)

    Sila Lihat Ini:-)

    Fidzly Visitor

    Recent Post

    Iklan!!

    Iklan!!
    Nutrien Cerdas Minda

    Blog Saudara Mara