About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Novel Tidak Kesampaian..

Di satu pagi,maisara terjaga dari tidurnya apabila alarm pada handfonnya berbunyi....'wish birthday farhan'..itu yang tetera pada skrin handfonnya.... dengan pantas maisara menaip ucapan sempena hari lahir farhan...'happy birthday to you farhan..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...farhan malam ni datang lah rumah saya..kita sambut hari ulang tahun awak dengan kawan-kawan yang lain ya..datang pada pukul 8.00 malam ok...bye...
       Sememangnya maisara sanggup lakukan apa-apa sahaja demi farhan,kekasih yang amat dicintainya..hampir enam tahun mereka bersama...pelbagai dugaan yang mereka tempuhi...
       Maisara bersiap-siap untuk ke pasaraya untuk membeli barang-barang..x lupa juga dia membelikan sehelai kemeja yang berwarna merah hati untuk farhan di mana warna merah hati adalah warna kesukaan farhan...maisara membungkuskan baju itu didalam kotak yang sangat cantik dan menyelitkan sekeping nota...
       Apabila maisara keluar sahaja dari butik itu,maisara terpegun...'betul ke ape yang aku tengok ni..tu macam farhan..tapi siapa perempuan tu?'maisara terpandang sesusuk tubuh farhan yang berada di seberang jalan..
       Maisara cuba untuk mengejar mereka berdua tetapi lampu hijau untuk kenderaan telah menyala..selepas menuggu beberapa minit,maisara melintas jalan untuk ke seberang,kelibat mereka lesap...hati wanita nya di jentik kepiluan...'agak-agaknya siapa la perempuan tu ye...'maisara bermonolog...
       Setelah kepenatan menjinjit barang yang dibelinya di pasaraya sambil berlari untuk mengejar farhan,dia kepenatan dan duduk di kerusi yang terdapat disitu..terasa lapar pula apabila terhidu bau makanan yang sedap menerjah masuk ke rongga hidungnya yang berdekatan dengan kerusi yang diduduknya...selepas melepaskan rasa penatnya,maisara membuat keputusan untuk balik ke rumah..
      Jantungnya bergetar dengan kuat...kini dia berdiri berhadapan dengan farhan..dilihatnya farhan sungguh mesra dengan perempuan itu..farhan terpempan apabila melihat maisara...
      'eh maisara,buat apa kat sini?'tanya farhan dengan nada yang terkejut..
      'ni siapa farhan?'maisara tidak terus menjawab,sebaliknya menanyakan gerangan perempuan itu..
      'eh kau siapa?'gadis yang bernama nina itu betanya dengan kasar sekali kepada maisra
      'err sara ni saya kenalkan,kawan saya nina..'
pegangan tangan nina cuba di longgarkan farhan,namun nina merangkul dengan kuat untuk tidak melepaskan pegangan tangannya..
     'kawan awak cakap,kawan yang sangat mesra sampai pegang-pegang tangan?kawan apa cam ni..'dalam nada suara yang masih boleh dikawal maisara bertanya pada farhan
     'hei perempuan,kau siapa nak tanya bakal tunang aku macam tu...'
     'ape??bakal tunang??ape semua ni farhan??awak mendua kan saya...saya tak sangka awak macam ni..'menitis laju air mata maisara yang tidak dapat ditahan-tahan lagi..
    'sara mari saya jelaskan pada awak..'farhan cuba menenagkan maiasra
    'ye memang kami dah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan awak..dah hampir tiga tahun..kami memang rancang nak bertunang dan berkahwin..saya memang nak bagi tahu kepada awak,tapi saya takut awak tak dapat terima..
    'memang saya tak dapat terima..hampir enam tahun kita bersama...tak kan ini balasan awak pada saya?mana pergi nya janji-janji manis yang awak da taburkan pada saya?!!saya setia pada awak dan tak pernah berlaku curang terhadap awk..awak tipu farhan..PENIPU!
   Maisara terus berlari berlinangan air mata membawa rasa hati yang duka pilu..
   'BANGGG!!!!!tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat..
   Farhan mendongak yang ketika sedang duduk di kerusi sambil memandang kosong lantai itu...hatinya terasa tidak sedap..
   Dia berlari ketempat yang dipenuhi oleh sekerumun orang..dia terlihat barang-barang dapur bertaburan di atas jalan tar..dalam hati farhan terdetik,'eh tu bukan ke plastik beg yang dibawa maisara tadi...'hati farhan diruntun rasa gelisah..
   Setelah melihat kelibat sekujur tubuh yang menjadi mangsa pelanggaran sebuah lori yang membawa muatan yang sarat membawa barang,sepatah kata keluar dari mulutnya..
  SARA!!!!!farhan menjerit dengan kuat sekali..
  Tubuh maisara sudah dibasahi dengan darah merah pekat,sama seperti warna barang yang masih dipegangnya dengan erat..baju kemeja yang ingin dihadiahkan kepada farhan dipegangnya dengan erat yang tersimpan kemas dalam kotak..
  'farhan,nah ambillah hadiah yang tak seberapa ni dari saya..anggap la ia satu hadiah yang istimewa dari saya untuk yang terakhir kalinya..saya harap awak akan bahagia bersama wanita pilihan awak..'maisara berkata dalam nada suara yang tersekat-sekat menanggung kesakitan...
    'maafkan saya kalau selama ni saya tak dapat nak bahagiakan awak...'
   maisara cuba membisikkan sesuatu pada farhan tetapi ditegah oleh nina...
   'kalau kau nak mati,mati lah cepat..jangan kau nak cuba mempengaruhi dia..huh..'nina bercakap dengan angkuh sekali.. 
   'hei nina apa yang awak cakap ni...dalam keadaan macam ni awak masih nak menghamburkan kata-kata awak tu ke..'tengking farhan..
   Namun sayu hati maisara terdengarkan kata-kata nina tu..air matanya galak merembas keluar...
   Ambulans datang untuk membawa maisara ke hospital..
   Farhan mengikut sama menemani maisra ke hospital..keadaan maisra semakin kritikal..maisara seperti sukar untuk bernafas..
  'sara saya mintak maaf,saya dah banyak buat salah pada awak..ampunkan saya..'sayu nada suara farhan menahan sebak..
  'far far han,sa sa ya memang tak la la yak untuk a a awak...tapi sa sa tu perkara yang a a awak perlu tahu,sa sa ya sayangkan awak..perlahan suara maisara membisikkan kata-kata ke telinga farhan...
   'sudah sara,awak jangan banyak bercakap...awak perlu rehat dulu...
   namun tidak sempat untuk sampai ke hospital,maisara tidak bernafas lagi..jururawat cuba untuk melakukan kejutan elektrik,tetapi hanya sia-sia sahaja usaha mereka..
   kini pergilah maisara menghadap yang maha esa..begitu juga cintanya yang tidak kesampaian di saat dirinya di ambang kematian..tangan maisra masih kemas dalam genggaman farhan...
   buat pertama kalinya,air mata seorang lelaki menitis untuk si gadis...
   Farhan masih memegang hadiah pemberian maisara...dia terlihat sekeping nota yang terselit di dalamnya..farhan membuka kotak tersebut dan mengambil nota itu lalu di buka dan dibaca isi kandungannya..
KHAS BUAT KEKASIHKU...
'Awak terimalh hadiah saya yang tak seberapa ini..harap awak dapat terima dengan iklas..saya nak awak tau,saya sayang sangat dekat awak..semoga cinta kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya kekal hingga ke anak cucu dan hingga akhir hayat...saya tak akan lupakan kenangan kita bersama selama enam tahun ini..saya harap awak akan sayang saya sampi bila-bila...begitu juga dengan saya sangat mencintai awak..
I LOVE YOU SO MUCH HONEY...
  air mata farhan terus mengalir laju setelah membaca nota tersebut...
  'maisara,bangun sara..saya sayangkan awak..saya nak hidup bersama awak...bangun sara bangun...'tangis farhan sambil menggoncang tubuh maisara.. 
  tetapi semuanya telah terlambat...kini di tenungnya sayu sekujur tubuh yang tidak mampu bergerak kembali..
  Farhan sangat menyesal kerana mengecewakan hati seorang gadis di saat penghujung hidup gadis itu..
  riak muka maisara nampak tenang sahaja...semoga roh maisara ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amiinnn......
:nota:jagalah hati dan perasaan pasangan anda..janganlah lukakan hati mereka..ambil kisah ini sebagai tauladan kepada anda..
*watak yang di dalam cerita ini tidak ad kene mengena dengan sesiapa mahupun yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..mungkin cerita ni tak menarik tetapi,aku dah cube wat n sekadar suke2 je..hihi*
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara