About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Asal Usul Nasi Ambeng

Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang tinggal di kawasan Selangor atau Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal dari Pulau Jawa.

Selalunya makanan ini disediakan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan kenduri kesyukuran yang dilakukan apabila menjelangnya bulan ramadhan. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.


Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi Putih, Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Makanan ini akan dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang. Kebiasaannya satu hidangan Nasi Ambeng adalah untuk 4 orang.


Sebaik sahaja tiba waktu untuk makan Nasi Ambeng, tetamu akan menjamah sedikit sahaja secara ala kadar. Kemudian makanan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibungkus menggunakan daun pisang yang telah disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu. Apabila sampai dirumah semua ahli keluarga akan bersama-sama menikmati makanan ini.


Aktiviti ini dilakukan kerana kebiasaannya tetamu yang dijemput untuk menghadiri kenduri adalah ketua keluarga atau wakil. Oleh yang demikian dengan cara ini hidangan Nasi Ambeng boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga.


Jadi inilah amalan atau budaya yang masih lagi diamalkan hari ini oleh masyarakat berketurunan jawa terutamanya pennduduk Kampung Bandar, Banting yang dikatakan sangat unik dan boleh membawa kepada kerukunan dalam keluarga.
Category: 1 comments

1 comments:

Koding said...

Njalok Nasi Ambeng !!! Ngelih laa pulak !!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara