About Fidzly

My photo
One name that quite unique administered by my father to me. That S.W.T Servant Of Allah Born Around Sacred Date 6th of October Chicken Year. Stay in a remote village yet full with past history. Having Blog that can find peace at a time experience boredom.

Fidzly Friend

Fidzly Friend
Imam Muda!! DEM1S3
Photobucket

Premier League

Bola Cinta:-)

                   
Liverpool history, photos

Followers Fidzly:-)

Daisypath Vacation tickers

Ujian Memandu Menggunakan Transmisi Auto??

Pelatih Yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi Selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada menggunakan kenderaan transmisi manual.

Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai kenderaan khas automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi automatik sahaja. Manakala yang memilih memandu menggunakan transmisi manual boleh memenadu kedua-dua jenis kenderaan.



Transmisi Automatik


Transmisi Manual

 kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras permintaan orang ramai, manakala penambahbaikan silibus kurikulum akan turut memasukkan elemen nilai tambah untuk melahirkan pemandu kompeten, berhemah dan berdisiplin.

“Melalui sistem terbaru itu, calon mempunyai pilihan untuk menjalani ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik, berbanding sekarang yang membenarkan mereka menggunakan kenderaan manual sahaja.

“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,

 penambahbaikan silibus bertujuan memantapkan kurikulum latihan memandu secara komprehensif bagi melahirkan pemandu yang bukan saja mahir mengendalikan kenderaan dan mengetahui peraturan jalan raya, malah meliputi penerapan aspek menyeluruh.

Bagi tujuan itu, suntikan input diperoleh daripada pelbagai pihak berkaitan, berkepakaran dan berkepentingan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) , Mat Aris Bakar, berkata penambahbaikan silibus berkenaan adalah yang pertama kali dalam tempoh 13 tahun kurikulum latihan memandu dilaksanakan setakat ini.

Pada Mesyuarat Agung PIMA di Kota Bharu pada 18 Mac lalu, beliau berkata, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, memaklumkan ahli persatuan bahawa kurikulum baru berkenaan lebih efektif serta membabitkan elemen kognitif dan psikomotor yang antara lain memberi penekanan terhadap aspek pengurusan risiko dan emosi.

“PIMA menyambut baik penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu ini dan akan memberikan kerjasama penuh menjayakannya. Pelaksanaan itu juga akan memerlukan kira-kira 12,000 tenaga pengajar di sebanyak 174 institut memandu seluruh negara menjalani kursus secara berperingkat,” katanya.

Mengenai laporan akhbar semalam yang memetik Solah sebagai berkata, ada institut memandu menggunakan khidmat tenaga pengajar tidak terlatih dan kenderaan tiada perlindungan insurans bagi melatih calon yang mahu mendapatkan lesen memandu, Mat Aris mengaku terkejut dan menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan keselamatan.
Category: 3 comments

3 comments:

Unknown said...

uih..mane aci..
kalau dr dulu lg macam nie..taklah melayang duit aku RM100..(kena repeat.hehe)

tapi kelebihan pada yg ada lesen transmisi manula lah kan...

AlyaaIBH said...

hehe.. mnx share entry ni.. =)

Hafiz D'AMOUR PLATONICIOUS said...

nak share.. bley...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
create your own banner at mybannermaker.com!

Angka Giliran:-)

Sila Lihat Ini:-)

Fidzly Visitor

Recent Post

Iklan!!

Iklan!!
Nutrien Cerdas Minda

Blog Saudara Mara